Selamat Tinggal Real Madrid: Raul

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raul mengumumkan pemergiannya dari Real pada Isnin. Foto AP
Raul mengumumkan pemergiannya dari Real pada Isnin. Foto AP

PENYERANG Real Madrid, Raul mengucapkan selamat tinggal kepada kelab gergasi Sepanyol itu selepas berada di sana selama 16 musim dan memberitahu dia sedang mempertimbangkan tawaran untuk beraksi dalam Bundesliga atau Liga Perdana Inggeris.

Raul, 33, tidak dapat menahan perasaan sedih ketika mengumumkan pemergiannya dalam sidang media di Stadium Santiago Bernabeu.

Menurut laporan media tempatan di Sepanyol, Raul mendapat tawaran daripada Schalke 04 selama dua tahun tetapi perpindahan ke England juga tidak msutahil akan berlaku.

"Ia saat sukar dan pengalaman menyedihkan dalam hidup saya. Saya mahu terus beraksi selagi saya mampu berbuat demikian. Sekarang sudah tiba masanya untuk saya merasai pengalaman di tempat lain. Masa depan saya kini ada di England atau Jerman," katanya.

Pemergian Raul disusuli pengumuman pemain tengah, Guti pada Ahad lalu yang menyertai kelab Turki, Besiktas.

Real kini membawa masuk pemain sayap, Angel Di Maria dan pemain tengah, Sergio Canales serta Pedro Leon untuk memperkukuhkan skuad di bawah kendalian pengurus baru, Jose Mourinho yang mengisi kerusi panas ditinggalkan Manuel Pellegrini.

"Beberapa pemain hebat sudah menyertai pasukan. Saya dapat merasakan khidmat saya sudah berakhir di sini," tambahnya.

Raul menyertai Real pada 1992 dan melakukan penampilan pertama ketika menentang Real Zaragoza pada Oktober 1994 di mana dia berusia 17 tahun pada waktu itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan