suria

Pusingan 3 Darg Batlle Di Litar Sepang Malam Ini

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi akan bergema dengan bunyi deruan jentera apabila Pusingan 3, perlumbaan Sepang Drag Battle berlangsung esok ini.

"Dengan barisan kereta daripada sekecil Kancil sehingga model terbaru Nissan GTR, Drag Battle menjanjikan perlumbaan hebat ketika pelumba-pelumba berusaha untuk muncul pelumba terpantas di litar," menurut kenyataan SIC.

Perlumbaan itu terbahagi kepada kategori A (Terbuka, kereta tanpa sebarang had daripada segi kapasiti enjin), kategori B (tiada had daripada segi kapasiti enjin), kategori C (kereta dengan enjin sehingga 2000cc) dan kategori D (kereta kompak).

Mereka yang berminat menyertai perlumbaan itu perlu memiliki lesen pertandingan yang dikeluarkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) atau Motorsports Automobile of Malaysia (MAM) dan berdaftar pada hari perlumbaan dan muat turun borang penyertaan di http://sepangcircuit.com, atau hubungi Norlina Ayob (019-3174555), Nurris Ishak (012-6252534) atau Ariff Ali (017-3177829).

- BERNAMA

Artikel Lain