suria

Welbeck, Cleverley Mungkin Dipinjam Ke Kelab Lain

Cleverley (kiri) meraikan jaringannya dengan Welbeck ketika pertemuan dengan Celtic, Jumaat lalu.
Cleverley (kiri) meraikan jaringannya dengan Welbeck ketika pertemuan dengan Celtic, Jumaat lalu.
Cleverley (kiri) meraikan jaringannya dengan Welbeck ketika pertemuan dengan Celtic, Jumaat lalu.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson berhasrat untuk menghantar penyerang Danny Welbeck dan pemain tengah Tom Cleverley secara pinjaman ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain menjelang kempen awal musim.

Welbeck, 19, yang membuka ruang kepada Gabriel Obertan untuk menjaringkan gol tunggal United ke atas Philadelphia Union ketika siri jelajah di Lincoln Financial Field malam Rabu.

Cleverley berada pada tahap terbaik selepas melakukan jaringan ketika menewaskan Celtic di Toronto, Jumaat lalu.

Ferguson percaya kedua-dua pemain itu mempunyai masa depan cerah tetapi perlu beraksi dengan lebih kerap.

Welbeck dipinjam ke Preston manakala Cleverley ke Watford musim lalu tetapi mereka diketepikan kerana kecederaan lutut.

Ferguson mendedahkan Welbeck yang menjadi buruan Sunderland semakin matang dalam corak permainannya.

"Musim baru akan menjadi detik bersejarah buat Welbeck kerana dalam tempoh tiga tahun lalu dia tidak beraksi pada tahap konsisten.

"Saya menghantarnya ke Preston tahun lalu. Dia mengalami kecederaan dan hanya beraksi dalam lima perlawanan sebelum menjalani pembedahan di bahagian lutut," kata Ferguson.

Menurut Ferguson dengan ketinggian 6'2', Welbeck perlu beraksi dengan lebih kerap jika mahu memperbaiki mutu permainannya. Oleh itu, United memutuskan untuk menghantarnya secara pinjaman ke kelab lain.

Walaupun bergelut dengan kecederaan, Cleverley dinobatkan selaku pemain terbaik tahunan Watford selepas dipinjamkan ke Leicester selama setahun.

"Cleverley adalah pemain berbakat. Dia akan menjadi pemain terbaik dan kami mempertimbangkan untuk menghantarnya ke kelab lain secara pinjaman," ujar Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Lain