suria

Kejohanan Badminton Mahasiswa Jepun, Malaysia Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Kejohanan badminton antara mahasiswa universiti Jepun dan Malaysia akan berlangsung di kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor Ahad ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu membabitkan perlawanan persahabatan antara mahasiswa universiti kedua-dua negara dianjurkan di bawah program pertukaran pelajar dan belia Jepun-Asia Timur (JENESYS).

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini pada Khamis, setiap pasukan akan bertanding dalam lima perlawanan membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Antara peserta Malaysia ialah Sayed Hafeez Sayed Mohsin (UiTM), Ten Bick Xiang (UM), Cheah Like Hou (UPM), Nurwati Ismail (UiTM), Daphne Ng Chiew Yem (UM), Nik Syen Chyn (UM) dan Stephanie Sharini (UPM).

Menurut kenyataan itu, kejohanan itu akan menjadi wadah untuk meningkatkan persefahaman dan hubungan antara mahasiwa kedua-dua negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain