Nicol Buru Kejuaraan Terbuka CIMB Malaysia Keenam

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nicol (duduk tengah) bergambar bersama-sama pemain yang mengambil bahagian pada Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia 2010.
Foto THE STAR RAJA FAISAL HISHAN
Nicol (duduk tengah) bergambar bersama-sama pemain yang mengambil bahagian pada Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia 2010. Foto THE STAR RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menamatkan penantian 13 tahun dalam kejohanan Skuasy Tertutup Kebangsaan 2010 minggu lalu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kini berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan trofi keenamnya pada Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia 2010 yang membuka tirainya semalam sehingga Sabtu ini.

Bagi Nicol, segalanya berjalan dengan lancar apabila dia berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur selepas menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy pada Mac lalu.

Begitupun, Nicol memberitahu dia hanya ingin beraksi dan melakukan yang terbaik selain melihat prestasinya dalam kejohanan itu selepas tidak menyertai apa-apa pertandingan dalam tempoh dua bulan.

"Sepanjang tempoh dua bulan ini, saya sudah memberikan segalanya dalam sesi latihan. Saya percaya sesiapa saja akan melakukan perkara sama untuk kejohanan ini," katanya pada sidang media sempena Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Nasional, di sini, Selasa.

Selain menyuarakan perasaan teruja untuk mempertahankan kejuaraannya, atlet kelahiran Pulau Mutiara itu memberitahu dia mungkin berdepan saingan sengit memandangkan semua pemain pastinya mahu mempamerkan corak permainan tertinggi mereka.

Menariknya untuk edisi kali ini, ia merupakan kejohanan terbesar yang menghimpunkan sembilan daripada 10 pemain wanita terbaik dunia merebut hadiah keseluruhan bernilai AS53,500 (RM171,842).

Kategori lelaki pula masih kekal sebagai acara lima bintang tahun ini dengan menjanjikan hadiah keseluruhan bernilai AS$52,500 (RM168,630).

Sembilan pemain terbaik dunia itu terdiri daripada Nicol (ranking 1 dunia), Jenny Duncalf (2), Rachael Grinham (3), Alison Walters (5), Omneya Abdel Kawy (6), Madeline Perry (7), Laura Lengthorn-Massaro (8), Kasey Brown (9) dan Camille Serme (10).

"Apabila anda beraksi dalam Gold Event anda menjangkakan kelibat lapan pemain terbaik dunia dalam kejohanan ini. Saya sebahagian daripada mereka. Jadi, setiap pemain mahu mengumpul mata untuk memenuhi segala syarat dalam ranking mereka," ujarnya.

Nicol akan bertemu pemenang pusingan kelayakan pertama dalam pusingan pertama pada jam 6.15 petang Rabu.

Sementara itu, pemain negara Low Wee Wern yang menduduki ranking ke-26 dunia akan bertemu Natalie Grainer dari Amerika Syarikat pada aksi pusingan pertama selepas diberikan Wildcard dalam undian utama.

"Saya rasa laluan masih sukar tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menang. Memandangkan saya dapat wildcard kali ini, ia merupakan kali pertama saya menggalas tanggungjawab berat dalam kejohanan terbesar di Malaysia. Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang," katanya.

Sebelum pertemuan dengan Natalie, Wee Wern sudah melakukan persediaan rapi termasuk berlatih di Pulau Pinang, menyertai Sukan Malaysia (Sukma) dan menjadikan pengalaman tewas kepada Nicol pada kejohanan Tertutup Kebangsaan minggu lalu sebagai ruang untuk memperbaiki setiap kelemahannya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pusingan kelayakan dan pusingan pertama akan diadakan di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil manakala perlawanan suku akhir akan berlangsung di gelanggang kaca pusat membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan