Sultan Ahmad Shah Kekal Tanpa Bertanding Jawatan Presiden FAM

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Ahad mengekalkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa bertanding bagi penggal 2010-2015.

Baginda mengekalkan jawatan yang disandangnya itu sejak 1984 apabila pencalonan untuk semua jawatan pada pemilihan badan induk itu di Kongres Tahunan FAM ke-47 pada 31 Julai ini, ditutup semalam.

Pada mesyuarat majlis FAM di Wisma FAM di sini, baginda mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang sebulat suara memberi kepercayaan dan sokongan kepadanya untuk terus menerajui badan induk itu.

"Walaupun bola sepak negara belum mencapai tahap yang diharapkan tetapi dalam tempoh empat tahun ini secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan dan kemajuan," titah baginda semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Masih banyak lagi perlu dilakukan agar FAM dapat dilihat dikendalikan secara berhemah, cekap dan profesional. Ini adalah antara cabaran kita pada penggal seterusnya," titah baginda.

Baginda bertitah peningkatan bola sepak negara dapat dilihat pada Sukan SEA Laos 2009 apabila skuad kebangsaan berjaya memenangi pingat emas dan berharap usaha yang lebih gigih dapat dilakukan bagi mempertahankan pingat emas di Sukan SEA, Indonesia, tahun depan.

"Sejajar dengan peraturan FIFA, FAM akan menguna pakai sepenuhnya perlembagaan baru FAM pada kongres kali ini dan dengan pelaksanaan perlembagaan baru itu nanti, FAM tidak mempunyai lagi majlis seperti sekarang sebaliknya semua ahli gabungan mempunyai wakil mereka dalam kepemimpinan tertinggi FAM," titah baginda.

Mengikut perlembagaan baru FAM, Jawatankuasa Eksekutif FAM terdiri daripada 15 ahli iaitu seorang Presiden, dua Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan lapan Anggota Eksekutif selepas pemilihan kali ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad berkata mereka telah menerima enam pencalonan untuk dua jawatan timbalan presiden, lapan untuk empat jawatan naib presiden dan 13 pencalonan bagi lapan jawatan ahli eksekutif.

Mengulas mengenai penarikan diri Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dari jawatan Timbalan Presiden semalam, katanya secara teknikal penarikan diri itu tidak sah kerana tidak menghantar surat rasmi kepada FAM.

"Penarikan diri tidak boleh dilakukan melalui akhbar," katanya mengenai kenyataan Shahidan yang laporkan media kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, calon boleh menarik diri sebelum proses pengundian dijalankan pada kongres itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan