Liverpool Rehatkan Bintang Piala Dunia

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelibat Gerrard dan Torres tidak akan kelihatan dalam saingan awal Liga Europa musim ini.
Kelibat Gerrard dan Torres tidak akan kelihatan dalam saingan awal Liga Europa musim ini.

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson menegaskan dia tidak akan mengambil risiko terhadap pemain bintangnya yang beraksi pada Piala Dunia baru-baru ini dalam perlawanan kelayakan Liga Europa atas nasihat kakitangan perubatan The Reds.

Pasukan kendalian Hodgson itu akan bertemu pasukan Macedonia, Rabotnicki atau Mika dari Armenia dalam kelayakan pusingan ketiga.

"Besar kemungkinan bintang Piala Dunia kami tidak akan diturunkan pada perlawanan awal Liga Europa jika kami mengikut nasihat pakar perubatan," kata pengurus berusia 62 tahun itu.

Barisan pemain seperti Steven Gerrard, Jamie Carragher, Glen Johnson, Daniel Agger dan Martin Skrtel akan kembali ke padang latihan Melwood untuk menjalani program secara individu dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bintang Argentina, Javier Mascherano dan Maxi Rodriguez akan kembali Isnin depan manakala pemain Sepanyol, Fernando Torres dan Jose Reina hanya akan berlepas ke England selepas tamat perlawanan pertama Liga Europa.

"Kakitangan perubatan menasihatkan kami supaya tidak menurunkan mereka. Namun segalanya akan diputuskan sebelum 29 Julai ini. Kami tidak akan membuat spekulasi berhubung perkara itu," tambahnya.

Dalam pada itu, Hodgson juga memberitahu kemasukan pemain baru amat penting untuk merealisasikan impian Liverpool dalam aksi Liga Europa musim ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan