suria

Beckham Ingin Lihat Kelibat Ronaldinho Di Galaxy

MENURUT ejen dan abang kepada Ronaldinho,Roberto de Assis, David Beckham mahu pemain tengah AC Milan itu menyertainya di Los Angeles Galaxy.

Ronaldinho (gambar) yang dikaitkan dengan kepulangan semula ke Brazil untuk menyertai Flamengo, menghabiskan masa selama dua musim di Milan, destinasi yang ditujui Beckham ketika perpindahan secara pinjaman.

Ketika Ronaldinho mendapati LA dan Flamengo menarik perhatiannya, abangnya memberitahu dia tiada rancangan untuk meninggalkan Eropah dalam tempoh terdekat.

"Ketika jelajah Milan di Amerika Syarikat (AS), kami ada bertemu dengan beberapa kenalan. Jika kontrak barunya di Milan tidak mencapai kata sepakat, ia mungkin pilihan yang perlu diambil Ronaldinho pada musim panas akan datang," katanya.

Flamengo dilaporkan berusaha untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho sebelum kontraknya tamat tahun depan tetapi pemain berusia 30 tahun itu belum mahu memikirkan mengenai sebarang perpindahan dalam tempoh terdekat.

"Untuk soalan itu, Ronaldinho memang mahu beraksi untuk Flamengo. Itu antara impiannya tetapi kami tidak menerima sebarang panggilan daripada mereka.

"Milan menawarkan kontrak lanjutan kepadanya sehingga 2013 dan kami bersetuju untuk berbincang mengenai perkara ini pada Disember. Namun komitmen untuk musim baru tidak pernah luntur," jelas Roberto.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain