Lebih 700 Sahkan Sertai Langkawi Mountain Bike 2010

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 750 pelumba dari dalam dan luar negara setakat ini telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan pertama Langkawi International Mountain Bike Challange di Langkawi pada 7 dan 8 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage (M) Sdn Bhd Datuk Malik Mydin berkata selain Malaysia, pelumba-pelumba lain adalah dari Thailand, Indonesia, Australia, Belanda, Filipina, Vietnam, Singapura dan Jerman. "Penyertaan itu melepasi sasaran penganjur dan berharap lebih ramai akan mengambil bahagian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Malik berkata kejohanan dua hari itu akan melibatkan empat kategori dalam acara rentas desa iaitu remaja lelaki (18 tahun ke bawah), lelaki elit (19 tahun ke atas), wanita elit (19 tahun ke atas) dan lelaki masters (35 tahun ke atas).

Satu lagi acara yang dipertandingkan ialah acara lasak di mana penyertaannya adalah terbuka.

Bagi menarik penyertaan terutamanya pelumba-pelumba tempatan, sejumlah RM250,000 menjadi rebutan para pemenang dan hadiah cabutan bertuah untuk peserta.

Mereka yang berminat menyertai kejohanan atau mahukan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.mtbmalaysia.com. Human Voyage (M) Sdn Bhd merupakan penganjur kejohanan itu.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Langkawi mengumumkan penganjuran kejohanan itu bagi menggantikan perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) yang tidak memasukkan Langkawi sebagai laluan sejak beberapa tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan