suria

AON Perkenal Jersi Baru Manchester United

Mak (dua dari kiri) menayangkan jersi baru MU di Lot 10, Bukit Bintang, sebentar tadi. - Foto THE STAR AZHAR MAHFOF
Mak (dua dari kiri) menayangkan jersi baru MU di Lot 10, Bukit Bintang, sebentar tadi. - Foto THE STAR AZHAR MAHFOF
Mak (dua dari kiri) menayangkan jersi baru MU di Lot 10, Bukit Bintang, sebentar tadi. - Foto THE STAR AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: AON, syarikat peneraju penasihat risiko dan perunding modal insan antarabangsa meraikan komitmen selaku penaja baru pasukan Manchester United (MU) dengan memperkenalkan jersi terkini kelab gergasi bola sepak England itu pada Khamis di sini.

Ribuan kakitangan AON di seluruh Asia termasuk Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Vietnam bersama-sama memperkenalkan jersi baru itu serentak di negara masing-masing.

Bermula 1 Jun lalu, syarikat berkenaan adalah penaja utama jersi MU dengan perjanjian kerjasama global dan tajaan jenama selama empat tahun.

Pemain Red Devils akan menyarung jersi baru dengan logo AON pada permulaan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 yang akan membuka tirainya bulan depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Broker Insuran AON (M) Sdn.Bhd, Mak Chee Keong, mereka merancang melakukan pelbagai kerja amal di peringkat global untuk mempromosikan pembangunan belia dan komuniti sihat.

"Sama seperti AON, MU adalah bertaraf global. Kami berkongsi matlamat dalam mencapai kecemerlangan. Kerjasama ini akan membantu kami memperkasakan syarikat di benua Asia di mana MU adalah jenama gah," katanya semasa berucap pada majlis memperkenalkan jersi Red Devils itu di sini.

Pada majlis itu juga, AON Malaysia menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Sunbeams Home, rumah penjagaan anak yatim piatu, mangsa penderaan, kanak-kanak terabai atau dari keluarga bermasalah.

Turut hadir pada kemuncak acara itu adalah pelakon Angel Wong Chui Ling dan ahli-ahli kelab peminat MU.

MU akan bertemu Newcastle United pada perlawanan pembukaan EPL musim baru, 14 Ogos ini di Old Trafford.

Artikel Lain