38 Ekor Kuda Tiba Bagi Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010

Diterbitkan: Khamis, 15 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebanyak 38 ekor kuda bagi pertandingan acara ekuestrian Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 tiba di sini hari ini selepas mengharungi perjalanan lapan jam dari Queensland, Australia.

Kuda berkenaan akan digandingkan dengan para atlet yang bertanding dalam acara ekuestrian Show Jumping pada temasya itu dari 14 hingga 26 Ogos.

Atlet ekuestrian akan dapat melihat dan mengundi kuda masing-masing pada 13 Ogos. Ini merupakan kali pertama undian kuda diadakan dalam sejarah Olimpik.

Gandingan penunggang dan kuda yang diundi akan diguna pakai sepanjang pertandingan bagi acara berpasukan dan individu.

"Penyediaan kuda merupakan syarat sukan ini bagi memastikan keadilan kepada para atlet kerana standard kuda berkenaan adalah sama," kata Goh Kee Nguan, Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Remaja Singapura.

Katanya jawatankuasa itu telah membuat keputusan bagi pemerolehan dan melatih kuda itu yang dikendalikan para jurlatih yang sama di Australia.

Sejurus tiba, kuda berkenaan dibawa dalam trak ke Singapore Turf Club Riding Centre (STCRC) - venue pertandingan acara ekuestrian.

Selepas temasya itu, jawatankusa itu bercadang menempatkan haiwan itu di kelab-kelab tempatan dan sekolah menunggang kuda sebagai usaha meningkatkan profil dan standard sukan ekuestrian di Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan