Akhmal Hasrat Juarai Kejohanan NS Masters

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Malaysia Akhmal Tarmizee Nazari mengharapkan tuah bermain di tempat sendiri untuk menjuarai kejohanan Negeri Sembilan Masters Invitational bermula esok di Seremban International Golf Club (SIGC).

Akhmal Tarmizee, 20, kini mempersiapkan diri bagi memberi persembahan terbaik untuk berdepan juara bertahan Lam Chih Bing dari Singapura, Unho Park dari Australia dan Aung Win dari Myanmar.

Berdasarkan perngalamannya bermain di tempat sendiri, beliau yang menggondol pingat gangsa di Sukan SEA Korat 2007, yakin bermain di tempat sendiri akan memberi laluan mudah untuk meraih kejayaan.

"Keadaan padang adalah dalam keadaan baik tetapi sukar dijangka. Saya telah bermain di padang golf ini banyak kali tetapi ia adalah berlainan apabila anda menyertai pertandingan.

"Gelanggang adalah berlainan dan agak sukar. Saya pernah mencatat 62 pukulan pada hari biasa tetapi saya sedar jika saya mengekalkan 67 hingga 69 pukulan, saya akan berupaya untuk menang," kata Akhmal Tarmizee dalam kenyataan dari Asian Tour hari ini.

Beliau berusaha untuk mengatasi kegagalannya dalam Asian Tour apabila dikalahkan dengan satu pukulan pada peringkat kelayakan sekolah awal tahun ini.

Tiga pemain teratas dalam 'The Asian Development Tour Order of Merit' akan layak menyertai Asian Tour dan Akhmal, yang pada masa ini terikat di tempat kedua, yakin hanya dengan kemenangan akan menempatkan beliau di kedudukan selesa untuk menyertai kejohanan itu.

"Adalah amat mengecewakan apabila saya gagal dalam kelayakan Asian Tour tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya berpeluang untuk mendapat tempat," katanya yang menduduki tempat ketiga siri kejohanan pertama Asian Development Tour di Myanmar.

Selain Akhmal Tarmizee, Negeri Sembilan Masters Invitational turut disertai pemain profesional Malaysia yang lain seperti Iain Steel, Shaaban Hussin dan Ben Leong, selain Nicholas Fung dan Haziq Hamizan.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM500,000. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan