Timbalan Presiden FAM: Shahidan Tarik Diri

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim semalam menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata ia bertujuan memberi laluan kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang dilaporkan bersedia memikul kembali jawatan itu setelah menerima pencalonan.

"Jika Tengku Abdullah tarik diri bertanding jawatan itu, barulah saya akan masuk dengan serta merta," katanya kepada pemberita di Yayasan Pok dan Kassim (YPK) dekat sini, semalam.

Katanya, pembaharuan perlu ada dalam pengurusan FAM dan beliau yakin muka baru dalam persatuan itu akan memajukan arena sukan bola sepak tanah air.

FAM dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan serta pemilihan kepimpinan tertingginya pada 31 Julai ini bagi penggal 2010/2014.

Dalam perkembangan lain, Shahidan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berkata arena bola sepak negara perlu diwarnai dengan pemain import bagi menghidupkan permainan.

"Kita mengharapkan pemain tempatan bermain dengan baik kerana kita bayar gaji yang tinggi, tetapi mereka bermain dengan penuh emosi" katanya.

Beliau berkata pemain tempatan juga sering melakukan pelbagai karenah dan sentiasa beremosi, lebih-lebih lagi jika gaji lambat dibayar.

Bagaimanapun, Shahidan mengaku terdapat kebaikan dan keburukan jika pemain import diambil.

"Yang baiknya, pemain tempatan boleh mempertingkatkan mutu permainan mereka manakala yang buruknya, pemain import boleh melemahkan pemain tempatan. Tetapi kita melihat ke arah yang lebih baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan