Sabah Tewas 0 - 1 Kepada USM FC

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sabah, yang menduduki tangga ketiga liga, tewas 0-1 kepada USM FC pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, malam tadi.

Sabah terpaksa bermain dengan 10 pemain mulai minit ke-17 apabila Bobby Gonzales dilayangkan kada merah kerana membantah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil.

Kesempatan itu diambil oleh pasukan tuan rumah untuk memperoleh kemenangan menerusi jaringan Mohd Fauzan Zainal Abidin pada minit ke-73.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah berpesta gol selepas membelasah penghuni tercorot liga, Shahzan Muda, 4-1.

Zamri Morshidi menyumbangkan dua gol pada minit ke-43 dan 76 sebelum Afendi Abdul Malek dan Mohd Shahrol Saperi menambah dua lagi gol Sarawak pada minit ke 64 dan 88.

Gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-58. Di Stadium Tuanku Abdul Rahaman di Paroi, Harimau Muda membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0.

Mohd Irfan Fazail menyumbangkan dua gol pasukannya, seawal minit pertama dan ke-29 dan dua lagi gol dijaringkan oleh Mohd Ferris Danial (min ke-59) dan D Saarvindran pada minit ke-59.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri selepas dibenam 2-4 oleh Majlis Perbandaran Muar.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Suhaimi Samadi pada minit ke-17 dan 48 sebelum Rosli Azizan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 dan Zakaria Abu Yamin meledak gol keempat pasukannya pada minit ke-64.

Gol pasukan Melaka dijaringkan oleh Mohamad Zaidi Zubir (min ke-59) dan Zul Zairil Idzwan Rashid pada minit ke-85.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia menewaskan Pos Malaysia 2-1. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan