Kejohanan Formula Future Di Taman Botani Putrajaya Dari 22-25 Julai

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Air Bermotor Malaysia akan menganjurkan kejohanan Formula Future Kebangsaan di Taman Botani, Putrajaya, dari 22 hingga 25 Julai.

Kejohanan tersebut merupakan medan untuk mencari remaja lelaki dan perempuan yang berusia tujuh hingga 18 tahun, yang mahir dalam pengendalian bot, untuk mewakili negara ke Kejohanan Formula Future Dunia.

"Kejohanan kebangsaan mula diperkenalkan pada 2003 dan pemandu bot remaja negara kemudian muncul juara sebanyak empat kali pada Kejohanan Dunia pada 2004, 2005, 2007 dan 2008," menurut KBS dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Formula Future merupakan asas kepada perlumbaan bot laju peringkat tinggi seperti Formula 4/SST 250, Formula 3, Formula 2 Boat GP hingga ke peringkat tertinggi iaitu Formula 1 Power Boat World Championship.

Pemilihan ke peringkat kebangsaan dilakukan di seluruh negara kecuali di Labuan dan Sarawak.

Pemilihan 10 peserta peringkat negeri mengikut lima kelas yang dipertandingkan iaitu kelas 1 (7 hingga 9 tahun), Kelas 2 (10-11 tahun), Kelas 3 (12-13 tahun), Kelas 4 (14-15 tahun) dan kelas 5 (16-18 tahun). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan