suria

Chong Wei Terus Unggul

Chong Wei meneruskan rentak kemenangan pada kejohanan Grand Prix Terbuka Malaysia di Johor Bharu.
Chong Wei meneruskan rentak kemenangan pada kejohanan Grand Prix Terbuka Malaysia di Johor Bharu.
Chong Wei meneruskan rentak kemenangan pada kejohanan Grand Prix Terbuka Malaysia di Johor Bharu.

JAGUH badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei melebarkan penguasaan selaku juara selepas menewaskan Woong Choong Han 21-8, 14-21, 21-15 pada final Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di Stadium Bandaraya Johor Baru, semalam.

Selepas dinobatkan selaku juara Terbuka Indonesia dengan menundukkan pemain tuan rumah, Taufik Hidayat hujung bulan lalu, Chong Wei hanya mengambil masa selama 47 minit untuk mematikan langkah rakan senegaranya itu.

Chong Wei bermula cemerlang pada set pertama tetapi Choong Han mengembalikan harapannya untuk memburu gelaran juara dengan mengheret permainan ke set penentuan.

Namun pemain kelahiran Pulau Pinang itu bijak membaca pergerakan dan strategi lawannya itu pada set ketiga sekali gus mempertahankan kejuaraannya dalam acara perseorangan lelaki.

Pencapaian Choong Han sehingga ke peringkat final harus diberi pujian kerana dia sentiasa cuba memberi tentangan sengit dan bersemangat tinggi untuk memenangi setiap permainan.

Semalam, dia melakukan kejutan besar apabila menewaskan bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, gandingan beregu wanita negara, Ng Hui Ern/Ng Hui Lin gagal mengikut jejak Chong Wei apabila kecundang kepada Aroonkesorn Duanganong/Varavichitchaikul Kunchala dari Thailand.

Permainan selama 43 minit itu menyaksikan Aroonkesorn/Varavichitchaikul menguasai acara tersebut dengan catatan 12-21, 21-17, 21-13.

Pemenang kategori perseorangan membawa pulang hadiah berupa US$9,000 manakala naib johan US$4,560.

Pemenang beregu pula akan US$9,480 manakala naib johan US$4,560.

Artikel Berikut

Chong Wei Terus Unggul

Artikel Lain