Vettel Raih Petak Pertama Sesi Kelayakan

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMANDU Red Bull, SEBASTIAN Vettel meraih petak pertama di hadapan rakan sepasukannya, Mark Webber pada sesi kelayakan Grand Prix Britain.

Vettel yang mencipta kejutan di Silverstone tahun lalu kini menamatkan lima perlumbaan di petak pertama dalam 10 Grand Prix setakat ini.

"Saya berharap agar kami dapat mengulangi sejarah tahun lalu. Ia bukan grand prix di negara kelahiran saya tetapi saya ibarat beraksi di tempat sendiri. Kami ada jentera hebat di sini, jadi kami harus menang," kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Fernando Alonso yang mewakili pasukan Ferrari sekadar menamatkan perlumbaan kelayakan di petak ketiga manakala pemandu McLaren, Lewis Hamilton di petak keempat.

Ia adalah perlumbaan di tempat sendiri yang penting untuk Hamilton di litar klasik itu.

Bekas juara dunia, Jenson Button bernasib malang apabila akan memulakan perlumbaan sebenar di petak ke-14.

Pelumba kelahiran Britain itu belum menaiki podium di tempat sendiri lebih dari tempoh sedekad berkecimpung dalam sukan itu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan