Selangor Masih Kukuh Di Takhta Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor masih kekal selaku pendahulu Liga Super selepas terikat 1-1 dengan pasukan di tangga kedua, Kelantan, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Kedua-dua pasukan yang dipisahkan lima mata menerusi 21 perlawanan sebelum ini, masing-masing mempunyai baki tiga perlawanan lagi sebelum Liga Super menutup tirai pada 3 Ogos.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-59 hasil jaringan Mohd Amirul Hadi Zainal sebelum Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan pada min ke-64.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menewaskan Kedah 2-1.

Gol-gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Narizam Salaman pada minit ke-24 dan 52 manakala gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-70.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang gagal mengambil kelebihan bermain di gelanggang sendiri selepas dibelasah 0-5 oleh Terengganu.

Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi rembatan Abdul Manaf Mamat dari dalam kotak penalti sebelum K.Rajan menambah dua lagi gol pada min ke-42 dan 51.

Kelonggaran pertahanan tuan rumah kemudiannya terus dihukum dengan dua lagi jaringan tambahan pada minit ke-61 dan 90 menerusi ledakan Mohd Ashaari Shamsudin.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, T-Team terikat 1-1 dengan Perak.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membolosi gawang tuan rumah menerusi Isma Alif Mohd Salleh pada min ke-30 sebelum Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan pada min ke-64. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan