Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia Jumpa Iran Pada Perlawanan Akhir

Diterbitkan: Ahad, 11 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Tertutup Piala Sultan Azlan Shah selepas menamatkan jadual perlawanan dengan menewaskan Uzbekistan 4-3 di sini hari ini.

Kejayaan tipis itu membolehkan Malaysia menduduki tangga kedua dengan 12 mata dan akan menentang juara bertahan Iran yang berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu dengan 15 mata.

Dua pasukan teratas dalam kejohanan enam pasukan itu akan berentap pada perlawanan akhir kejohanan edisi ketiga itu.

Iran mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membelasah Thailand 10-0.

Dalam pada itu, Malaysia terpaksa bangkit sebanyak tiga kali untuk menyamakan kedudukan menentang Uzbekistan sebelum memperoleh gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan.

Uzbekistan memulakan tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Muminjon Umarov sebelum Chua Boon Huat menyamakan kedudukan pada minit ketujuh.

Bagaimanapun, keputusan seri itu kekal sehingga akhir babak pertama.

Uzbekistan kembali garang pada babak kedua dengan jaringan Ruslan Satlikov pada minit ke-25 sebelum Boon Huat sekali menyamakan gol seminit kemudian.

Satlikov sekali bertindak cemerlang dengan meletakkan Uzbekistan di hadapan dengan jaringan pada minit ke-28 sebelum dibalas dengan pantas oleh S.Kuhan pada minit yang sama.

Boon Huat menjadi wira pasukan apabila menghasilkan hatrik pada minit ke-40 untuk memberi mata penuh kepada pasukan tuan rumah, sekaligus layak ke final.

Sementara itu pada perlawanan lain, Pakistan menduduki tempat keempat selepas menewaskan Kazakhstan 6-0. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan