GP Malaysia: Choong Hann Kejutkan Taufik Hidayat

Diterbitkan: Sabtu, 10 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemain veteran Wong Choong Hann melakukan kejutan besar apabila menewaskan bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat, pada separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini pada Sabtu.

Choong Hann, pilihan keempat kejohanan, mempamerkan permainan menyakinkan ke atas pemain Indonesia itu sebelum mengatasi set pertama 21-15.

Bagaimanapun, Taufik, pilihan kedua dan bekas juara dunia itu, cuba bangkit pada set kedua dengan memberi saingan sengit dan merapatkan kedudukan tetapi Choong Hann bertahan sehingga mencapai kemenangan 24-22.

Kejayaan tersebut bakal menyemarakkan lagi semangat Choong Hann untuk memburu gelaran apabila berdepan dengan juara bertahan Datuk Lee Chong Wei pada final pada Ahad.

Pada satu lagi saingan separuh akhir, Chong Wei, pilihan utama, tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke perlawanan akhir apabila menewaskan pemain India, Ajay Jayram 21-16, 21-13.

Sementara itu, gandingan tuan rumah Ng Hui Ern dan kakaknya Hui Lin turut membuat kejutan dengan melangkah ke perlawanan akhir acara beregu wanita.

Pada perlawanan separuh akhir, Hui Ern/Hui Lin mengatasi beregu pilihan kelima, Zhang Dan/Zhang Zhibo, dari Macau 21-10, 21-11.

Pasangan negara itu akan menentang gandingan Thailand dan pilihan keempat, Duanganong Aroonkesorn/Kunchala Varavichitchaikul pada pertemuan akhir esok.

Beregu Thailand itu menempah tiket ke final setelah menewaskan pasangan Indonesia Nadya Melati/Vita Marissa 13-21, 21-17, 21-17 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Pada acara beregu lelaki, pasangan tuan rumah Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong yang menewaskan pilihan pertama Koo Kien Keat/Tan Boon Heong semalam gagal ke peringkat akhir.

Mereka tewas 13-21, 11-21 kepada pasangan Hendra Aprida Gunawan/Alvent Yulianto Chandra dari Indonesia di separuh akhir. Hendra/Alvent akan bertemu rakan senegara Hendra Setiawan/Markis Kido pada perlawanan akhir.

Manakala perlawanan akhir beregu campuran akan menyaksikan pertarungan antara Devin Lahardi Fitriawan/Liliyana Natsir dari Indonesia dengan pilihan ketiga Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan