Choong Han, Hafiz Berentap Di Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemain pilihan keempat Wong Choong Hann akan bertemu pemain pilihan keenam Muhammad Hafiz Hashim pada perlawanan suku akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini.

Choong Hann memastikan tempat ke suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong Wei Nan 22-24, 21-6, 21-17.

Hafiz pula menewaskan pemain Indonesia Fauzi Adnan 21-10, 21-11 bagi menempah tempat ke suku akhir.

Sebagaimana dijangka, pemain pilihan pertama Datuk Lee Chong Wei melepasi pusingan ketiga untuk mara ke suku akhir dengan menewaskan pemain Hong Kong 21-18, 21-11.

Chong Wei akan bertemu Andre Kurniawan Tedjono yang menewaskan pemain Malaysia Chong Wei Feng 21-9, 21-9.

Pemain pilihan kedua Taufik Hidayat dari Indonesia turut mara apabila menewaskan pemain Malaysia Tan Chun Seang 23-21, 22-20 dan akan bertemu dengan pemain pilihan kelima dari Hong Kong, Hun Yun yang menewaskan seorang lagi pemain negara Krishnan Yogendran 21-12, 22-24, 21-16.

Pemain pilihan ketujuh Chan Yan Kit dari Hong Kong yang menewaskan pemain pilihan kesembilan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark 21-17, 21-12 pula akan bertemu Ajay Jayram dari India yang menewaskan Rasmus Fladberg 21-19, 21-18. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan