Chong Wei, Choong Hann dan Mew Choo Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemain utama badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia 2010 selepas menewaskan pemain Indonesia, Andre Kurniawan Tedjono di Stadium Bandaraya Johor Baharu di sini, Jumaat.

Ditemui selepas perlawanan, Chong Wei berkata, beliau tidak mahu memandang rendah keupayaan Andre, yang merupakan pilihan kelapan, menyebabkannya mahu segera menamatkan perlawanan.

Chong Wei, yang merupakan pilihan pertama, menamatkan permainan dalam masa 29 minit dengan keputusan 21-9, 21-9 dalam perlawanan perseorangan kejohanan itu.

Sementara itu, pilihan keempat Wong Choong Hann terpaksa berusaha keras untuk menewaskan pemain senegara, Muhammad Hafiz Hashim, yang merupakan pilihan keenam.

Choong Hann tewas 19-21 kepada Muhammad Hafiz dalam set pertama selepas melakukan banyak kesilapan tetapi kembali memperoleh rentak dalam set kedua untuk menang 21-17, 21-11.

Pilihan ketujuh Chan Yan Kit dari Hong Kong gagal menyekat pilihan ke-14 Ajay Jayram dari India daripada menempah tempat ke perlawanan separuh akhir apabila tewas 19-21, 13-21.

Pilihan kedua, Taufik Hidayat dari Indonesia menewaskan pilihan kelima Hun Yun dari Hong Kong 21-13, 9-21, 21-11.

Chong Wei kini akan bertemu Ajay manakala Choong Hann berhadapan Taufik pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, pilihan keempat perseorangan wanita, Wong Mew Choo turut melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menewaskan pilihan kelapan Chan Tsz Ka dari Hong Kong 21-12, 21-13 dalam masa 26 minit.

Namun, rakan senegara Tee Jing Yi, yang bukan pemain pilihan, gagal mencari rentak dalam perlawanan menentang pilihan ketiga Yip Pui Yin dari Hong Kong, menyebabkannya tewas 21-8, 21-14, menjadikan Mew Chew satu-satunya pemain wanita Malaysia beraksi untuk merebut kejuaraan kategori itu.

Pilihan pertama Pi Hongyan dari Perancis menewaskan pilihan kelima Salakjit Ponsana dari Thailand 21-12, 14-21, 21-10, manakala pilihan kedua Zhou Mi dari Hong Kong menewaskan pemain bukan pilihan dari Jepun, Misaki Matsutomo 21-14, 21-9.

Hong Yan akan bertemu Pui Yin manakala Mew Choo menentang Zhou Mi pada perlawanan separuh akhir.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan