suria

10 Peserta Pertandingan Bola TM Berpeluang Bawa Pulang RM1 Juta

Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Telekom Malaysia (TM) Sherene Azura Ali (kiri) memberi cabutan undi kepada peserta, Faizat Maidin (kanan) untuk membuat sepakan ketika program TM RM10 Million Kick Challenge Finale di sini, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Siapa dari kalangan 10 peserta akhir pertandingan menjaringkan gol yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu "TM RM10 Million Ringgit Kick Challenge" yang bakal pulang sebagai jutawan akan diketahui Ahad ini.

Para peserta ini merupakan pemenang dari pusingan kelayakan peringkat kebangsaan yang diadakan sebelum ini.

Pertandingan ini diadakan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang.

TM hari ini mengumumkan nama 10 peserta akhir tesebut yang pertandingannya akan diadakan di Jalan Bukit Bintang di sini Ahad ini mulai 10 pagi.

Mereka ialah Faizat Maidin, 24, dari Pahang, Razali Yusof, 32, (Kedah), Mohd Ezani Ab Hamid, 40, (Negeri Sembilan), Muhd Anwarul Hakim Abdul Kadir, 29, (Selangor), Zulkiefle Salim, 36, (Melaka), Yuszwan Azzaidy Mohd Yusoff, 21, (Terengganu), Salman Salleh, 29, (Kelantan), Ahmad Khailani Omar, 21, (Perak), Kamarul Nidzam Kamaruz'zaman, 17, (P.Pinang) dan Mohd Rahseed Nisran, 23, (Johor).

TM menyediakan RM10 juta bagi pertandingan akhir ini di mana setiap seorang daripada 10 peserta ini layak membawa pulang RM1 juta sekiranya dapat memenuhi syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

"Mereka perlu membuat tiga jaringan berturut-turut ke dalam tiga lubang sasaran yang berlainan saiz dari jarak 36 kaki (10.9 meter) di mana setiap peserta hanya diberi satu peluang sahaja bagi menepati setiap sasaran.

"Setiap peserta yang membuat jaringan sempurna akan pulang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta," kata Ketua Pegawai Pemasaran TM, Rozalila Abdul Rahman pada sidang akhbar di sini hari ini.

Salah seorang peserta tersebut yang ditemui, Faizat berkata beliau berasa tertekan kerana pertandingan itu sangat mencabar dan terbuka.

Beliau yang bekerja dengan sebuah syarikat insurans dan meminati futsal berkata beliau telah menjalani latihan fizikal dan mental selama dua hari sebelum datang ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan itu. - BERNAMA

Artikel Lain