Chong Wei Mara Ke Pusingan Ketiga - Sukan | mStar

Chong Wei Mara Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia apabila menundukkan pemain pelapis negara Daren Liew di Stadium Bandaraya di sini semalam.

Bagaimanapun, kecederaan kaki menghalang Liew daripada memberi saingan hebat sebelum tunduk 16-21, 14-21.

Chong Wei akan menentang pemain Hong Kong Wong Wing Ki pada pusingan ketiga hari ini.

Sebelum itu Wong menewaskan pemain tuan rumah Goh Soon Huat 21-7, 21-15.

Selain Chong Wei, pemain negara Muhammad Hafiz Hashim turut menempah tempat di pusingan ketiga selepas menundukkan pemain Sri Lanka, Karunaratne Niluka 21-8, 21-19.

Antara pemain lain yang turut ke pusingan ketiga ialah Wong Choong Han, dan pemain pilihan kedua Taufik Hidayat dari Indonesia.

Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain negara Wong Mew Choo berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Singapura Chen Jiayun 21-8, 21-13.

Mew Choo, pemain pilihan keempat, akan bertemu dengan pemain Hong Kong, Mong Kwan Yi, pada pusingan kedua hari ini.

Antara pemain negara yang berjaya ke pusingan kedua adalah Lydia Cheah Li Ya, Tee Jing Yi dan Sonia Cheah Su Ya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan