Tuan Rumah Malaysia Sasar 50 Pingat Emas Pada Temasya ASG Kedua

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mensasarkan 50 pingat emas pada Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) kali kedua yang akan diadakan di Shah Alam dan Kuala Lumpur selama 10 hari mulai Isnin depan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya yakin dengan kemampuan dan persiapan atlet negara dalam membawa pulang kejayaan pada temasya sukan tersebut.

Katanya kejayaan dalam sukan ASG itu merupakan kayu pengukur kepada pembangunan sukan yang dirancang oleh kementerian berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang terdiri daripada 199 atlet dan 55 pegawai di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Wee berkata Malaysia mempunyai peluang yang cerah dalam acara olahraga, bola jaring, gimnastik artistik, gimrama, hoki dan sepaktakraw.

Kejohanan tahunan itu melibatkan seramai 1,300 atlet dan pegawai dari tujuh negara iaitu juara bertahan Thailand, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan tuan rumah Malaysia.

Pada edisi pertama kejohanan itu di Thailand tahun lepas, Malaysia tidak mengambil bahagian akibat penularan wabak influenza A H1N1.

Kejohanan kali ini menawarkan sejumlah 106 pingat emas melalui 11 acara sukan iaitu hoki, bola jaring, sepaktakraw, bola keranjang, bola tampar, golf, badminton, gimnastik, gimrama, renang dan olahraga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan