suria

Pemain Bola Tampar Terengganu Meninggal Dunia

KUALA TERENGGGANU: Pemain bola tampar negeri Terengganu Mohd Fadli Muhammad, 19, meninggal dunia petang semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Allahyarham dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lalu kerana menghidap demam panas," kata abangnya, Zulkifli, 26, kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Fadli mewakili Terengganu pada Sukan Malaysia di Melaka baru-baru ini dan pada Sukma di Terengganu dua tahun lepas.

Allahyarham merupakan anak keempat daripada enam beradik dan merupakan peniaga santan di Pasar Manir.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram Tepoh pagi tadi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain