suria

Zulfahmi Kutip Mata Pertama Di Litar Catalunya

Antara aksi bertenaga Zulfahmi ketika aksi di Litar Catalunya semalam.
Antara aksi bertenaga Zulfahmi ketika aksi di Litar Catalunya semalam.
Antara aksi bertenaga Zulfahmi ketika aksi di Litar Catalunya semalam.

PELUMBA MotoGP 125cc, Zulfahmi Khairuddin akhirnya memperoleh mata pertama dalam kejuaraan dunia apabila menamatkan perlumbaan di Litar Catalunya di tempat ke-15, semalam.

Zulfahmi ketinggalan satu minit 16 saat di belakang pendahulu, Marc Marquez dan mempamerkan persembahan meyakinkan sepanjang perlumbaannya setakat ini.

Kejutan yang dilakukan pelumba Pasukan AirAsia-Litar Antarabangsa Sepang kali ini berjaya membuka mata sesiapa saja yang mengikuti perkembangan saingan MotoGP.

Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali amat berbangga dengan pencapaian Zulfahmi itu.

"Saya amat kagum dengan semangat yang dipamerkannya semalam. Ia diluar jangkaan kami. Semua rakyat Malaysia pasti berbangga dengannya. Pencapaian itu membuktikan program wildcard negara berkesan," ujarnya.

Persembahan Zulfahmi juga berjaya mencuri tumpuan pengulas sukan di ESPN.

"Dia budak yang baik. Pencapaiannya ternyata mmembanggakan bagi pelumba yang tiada sebarang pengalaman berlumba di litar Eropah," kata pengulas sukan itu selepas melihat persembahannya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, ia adalah pengalaman indah buat pasukan kerana Zulfahmi berjaya membuktikan keupayaannya untuk meraih mata pertama musim ini.

"Walaupun dia berdepan masalah teknikal dalam perlumbaan terdahulu, dia tetap bangkit untuk memperbaiki kelemahannya. Tahniah kepada Zulfahmi kerana mempamerkan aksi menakjubkan begitu juga kakitangan pasukan yang melakukan tugas dengan baik," ujarnya.

Artikel Lain