suria

Nadal Terus Unggul

Nadal menjulang trofi Wimbledon kedua miliknya.
Nadal menjulang trofi Wimbledon kedua miliknya.
Nadal menjulang trofi Wimbledon kedua miliknya.

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal memenangi kejuaraan Wimbledon buat kali kedua selepas mengetepikan Tomas Berdych dari Republik Czech, 6-3, 7-5, 6-4.

Nadal, 24, yang mengumpul lapan kejuaraan Grand Slam setakat ini meneruskan keunggulannya meraih trofi Wimbledon kedua dalam tempoh tiga tahun selepas bekerja keras mematahkan asakan lawan selama dua jam 12 minit.

"Kemenangan ini lebih daripada impian untuk saya. Saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi di final.

"Memenangi trofi adalah perkara yang menakjubkan. Anda (Berdych) mempamerkan aksi cemerlang musim ini. Maaf kerana menyekat impian anda tetapi saya mengucapkan semoga berjaya pada kejohanan akan datang," kata Nadal.

Pemain dari Sepanyol itu pernah menewaskan Roger Federer dalam pertembungan final klasik untuk meraih trofi Wimbledon pertamanya pada 2008.

Namun dia gagal mempertahankan kejuaraan itu tahun lalu akibat kecederaan serius di bahagian lututnya.

Berdych berjaya menumpaskan pemain pilihan utama, Federer dan pilihan ketiga, Novak Djokovic dalam usaha untuk melangkah ke final Grand Slam pertamanya sebelum tunduk kepada Nadal.

"Ia minggu yang hebat buat saya tetapi dia (Nadal) begitu kuat semalam. Dia menunjukkan aksi mantap sepanjang tempoh dua bulan ini. Dia layak menang," tambahnya.

Artikel Lain