suria

Capello Sedia Bincang Masa Depan Bersama England

LONDON: Fabio Capello akan berbincang dengan pengerusi baru Kelab England, Sir David Ricgards hari ini untuk mengesahkan dia akan kekal sebagai pengurus skuad The Three Lions sehingga selepas tamat aksi Euro 2012.

Dia dilaporkan bersetuju dengan perjanjian secara lisan dengan Lord Triesman sebelum bekas Pengerusi Persatuan Bola Sepak England itu dipaksa meletak jawatan 24 jam sebelum skuad itu menuju ke Irdning pada permulaan kem latihan mereka.

Presiden Inter Milan, Massimo Moratti mengambil kesempatan terhadap pemergian Lord Triesman dengan mengumumkan Capello adalah calon dalam senarai buruannya untuk menggantikan Jose Mourinho.

Dengan pendapatan tahun berjumlah 9 juta pound - 50 peratus lebih daripada yang diperolehi Capello daripada FA, timbul khabar angin yang menyatakan pengurus berusia 64 tahun itu berhasrat untuk meninggalkan England walaupun kontraknya masih berbaki empat tahun.

Capello meninggalkan Graz untuk melawat ibunya di Itali dengan serta merta selepas mengemudi England menewaskan Jepun 2-1, semalam.

Artikel Lain