Saingan Empat Penjuru Rebut Kejuaraan Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 30 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berbaki tujuh perlawanan, hanya empat daripada 14 pasukan yang bersaing masih layak untuk merebut kejuaraan Liga Super pada musim ini.

Empat pasukan terbabit diketuai juara bertahan, Selangor diikuti dua pasukan gergasi pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu, manakala Johor FC pula merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab.

Selangor kini gah mendahului Liga Super mengumpul 50 mata menerusi 16 kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan kepada Terengganu dalam perlawanan yang berlangsung Januari lepas.

Kelantan pula di tangga kedua dengan mengutip 42 mata hasil daripada 12 kemenangan dan enam keputusan seri, diikuti Terengganu (37 mata) dan Johor FC (32 mata).

Peluang bagi 10 lagi pasukan dalam Liga Super termasuk juara dan naib juara Piala FA musim ini iaitu Negeri Sembilan (27 mata) dan Kedah (29 mata) ibarat sudah tertutup sekalipun berjaya mencatat kemenangan pada semua baki perlawanan dengan mengutip 21 mata maksimum.

Peluang Selangor yang dibimbing jurulatih K.Devan untuk bergelar juara dianggap paling cerah dengan kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Kelantan yang berada di tangga kedua.

Malah, skuad Merah Kuning itu boleh menoktahkan kejuaraan dengan lebih awal sekiranya mengutip tiga mata penuh pada baki lima daripada tujuh perlawanan selepas ini apabila turun menentang Johor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, T-Team, Terengganu dan Kedah.

Devan ketika dihubungi Bernama berkata tekanan memang ada untuk mengutip 15 mata lagi untuk bergelar juara, namun mereka tidak terlalu memikirkannya.

"Kita perlu fokus dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain bagi memastikan sebarang mata tidak tercicir walaupun baki tujuh perlawanan amat berat," katanya.

Sekiranya berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super yang mula diperkenalkan pada 2004, Selangor akan menjadi pasukan kedua selepas Kedah melakukannya pada musim 2006/07 dan 2007/08.

Bagi Kelantan, yang juga merupakan pencabar utama Selangor pada musim ini, ia perlu menang kesemua baki tujuh perlawanan tanpa mencicirkan sebarang mata.

Peluang anak-anak buah B.Sathianathan untuk merapatkan mata adalah ketika aksi kedua-dua pasukan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 13 Julai.

Sekiranya berjaya menewaskan Selangor, skuad 'The Red Warriors' terpaksa mengharapkan bantuan enam lagi pasukan lain untuk mencuri mata.

Senarai Juara Liga Super:

2009 : Selangor

2007/08: Kedah

2006/07: Kedah

2005/06: Negeri Sembilan

2005 : Perlis

2004 : Pahang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan