suria

S1K Kembali Gegar SIC

Razlan (kanan) bergambar bersama Pengurus Besar Petronas Motorsport, Anita Azrina Abdul Aziz (dua dari kanan) dan dua pelumba wanita Pasukan Red Bull. Foto THE STAR/BRIAN MOH
Razlan (kanan) bergambar bersama Pengurus Besar Petronas Motorsport, Anita Azrina Abdul Aziz (dua dari kanan) dan dua pelumba wanita Pasukan Red Bull. Foto THE STAR/BRIAN MOH
Razlan (kanan) bergambar bersama Pengurus Besar Petronas Motorsport, Anita Azrina Abdul Aziz (dua dari kanan) dan dua pelumba wanita Pasukan Red Bull. Foto THE STAR/BRIAN MOH

SEPANG: Sepang 1000KM Endurance Race atau lebih dikenali sebagai S1K kini kembali menggegar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 3 hingga 5 Jun ini untuk menarik lebih banyak penyertaan dalam sukan permotoran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali S1K adalah batu loncatan kepada pendatang baru dalam dunia permotoran di samping memberi pendedahan kepada pasukan kurang berpengalaman sebelum mereka mengambil bahagian pada Merdeka Millenium Endurance Race (MMER), Ogos ini.

Katanya, S1K mula diperkenalkan dalam sukan permotoran negara tahun lalu sebagai perlumbaan sampingan dari MMER.

"Kami memutuskan untuk memperkenalkan S1K yang menawarkan peluang sama rata kepada setiap peserta yang menggunakan kereta bawah 1900CC. Ia adalah perlumbaan di peringkat akar umbi yang dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi besar dalam sukan ini," katanya pada sidang media Majlis Perasmian S1K, hari ini.

Sehingga kini, SIC menerima 19 penyertaan untuk kategori Kelas 1 dan 32 penyertaan, Kelas 2 yang menyerupai jumlah pasukan yang bertanding tahun lalu.

Dlaam pada itu Razlan berharap akan ada lebih banyak lagi penyertaan.

SIC menetapkan maksimum 77 kereta untuk bertanding dengan kuota 38 kereta bagi Kelas 1 (kereta antara 1601cc hingga 1900cc) dan 39 untuk Kelas 2 (kereta bawah 1600cc).

Setiap kereta yang mengambil bahagian perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua atau maksimum empat pemandu.

Pasukan pertama yang menamatkan 1000km dalam perlumbaan selama sembilan jam tanpa henti itu akan dinobatkan selaku juara.

Sesiapa yang berminat perlu mendaftar pada 3 Jun ini dan hanya akan dibenarkan menjalankan sesi latihan selepas penyertaan mereka.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada 4 Jun dan perlumbaan sebenar akan berlangsung keesokan harinya.

Pada tahun lalu, Soh Kee Koon, Wong Yew Choong dan Tek Kean Kang yang mewakili Pasukan Type R 21 muncul juara perlumbaan S1K dan kekal dalam kelompok empat terbaik sepanjang perlumbaan dalam Kelas 1 menggunakan kereta Honda Integra.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan perlumbaan itu, tiket boleh didapati dengan harga RM5 untuk Granstand Utama dan RM80 (tidak termasuk caj pemprosesan RM2 setiap tiket) manakala bayaran kemasukan kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun adalah percuma.

Artikel Sebelum

Artikel Lain