suria

Ultimate Football Experience: Hadiah RM120, 000 Menanti Lima Pemenang Bertuah

KUALA LUMPUR: Perlawanan bola sepak menghiburkan lelaki di seluruh dunia. Ia adalah sukan yang memupuk semangat keakraban dalam diri mereka.

Aksi selama 90 minit itu berupaya menonjolkan suasana yang boleh mengeratkan pergaulan dan persaingan hebat.

Bersesuaian dengan semangat kesukanan, Procter & Gamble baru-baru ini melancarkan kempen di bawah jenama Gillete, Head & Shoulder dan Pringles untuk menyajikan peminat bola sepak dengan 'Ultimate Football Experience'.

'Ultimate Football Experience' adalah peluang seumur hidup bagi peminat bola sepak sama-sama berkumpul dalam satu parti utama tertutup pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia dan Singapura, Yuri Hermida, pemenang hadiah utama akan diraikan dengan 10 rakan mereka dalam struktur menyerupai kubah di Pavilion, Kuala Lumpur pada 11 Julai ini.

Seorang pemenang bertuah akan dipilih daripada setiap lima peserta negara Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Lima pemenang dan ditemani 10 rakan masing-masing akan menerima wang belanja perjalanan untuk menyaksikan perlawanan terbaik dunia di ibu negara, Kuala Lumpur.

Hadiah bernilai RM120,000 itu termasuk tiket penerbangan, kos pengangkutan (untuk pemenang di luar Malaysia), kemudahan hotel bertaraf lima bintang, makanan dan lawatan ke sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

"Kami menggesa para peminat bola sepak untuk sedaya upaya bertanding dan memenangi parti bola sepak yang disediakan.

"Ia juga dapat meraikan persahabatan mereka dengan semangat kesukanan Asia. Dikelilingi TV berskrin nipis dan sistem hi-fi stereo, ia adalah pengalaman bola sepak yang ingin anda kongsi bersama teman rapat," kata Yuri.

Peraduan 'Ultimate Football Experience' terbuka kepada semua peminat bola sepak di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam sehingga 18 Jun ini.

Untuk menyertai peraduan ini, borang peraduan mestilah disertakan dengan resit pembelian produk Gillete, Head & Shoulders dan Pringles asli bernilai RM30 yang boleh didapati di Carrefour, Giant. Jusco, Mydin dan pasar raya besar Tesco seluruh negara.

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke peti borang peraduan Gillette UFE yang terletak di pasar raya besar atau hantar terus ke alamat yang tertera di dalam borang berkenaan.

Peserta-peserta peraduan dari lima negara itu turut berpeluang memenangi sistem teater rumah Sony untuk menyaksikan perlawanan dengan suasana bunyi sebenar dan dua unit Sony PlayStation 3 yang akan menguji skil dengan permainan bola sepak EA edisi terbaru.

Artikel Lain