Penganjur Sasar 18,000 Penyertaan Dalam Maraton KL

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Standard Chartered KL Maraton 2010 berharap kejohanan tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini akan dapat menarik penyertaan 18,000 orang, berbanding 15,000 dalam larian tahun lepas.

Pengarah Operasi Acara Rainer Blemans berkata sehingga kini kira-kira 13,000 orang sudah mengesahkan penyertaan dalam acara itu, yang menawarkan hadiah berjumlah US$100,000 (RM341,000).

Beliau berkata laluan larian nanti akan melewati kawasan-kawasan yang menjadi mercu tanda utama di bandar raya seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Muzium Negara, KL Sentral, Menara Berkembar Petronas, Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Istana Budaya, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Ia bukan hanya membabitkan jalan-jalan tar sahaja, tetapi bercampur, ia akan membabitkan laluan di kawasan yang cukup menarik," kata beliau kepada wartawan semasa membawa sekumpulan anggota media melawat laluan berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata acara maraton itu akan bermula dan berakhir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Maraton itu menawarkan tujuh kategori, yang terdiri daripada maraton penuh (kategori terbuka dan veteran) separa maraton (terbuka dan maraton), 10km (lelaki dan wanita), 10km cabaran korporat, 5km (Larian Ria dan Keluarga) dan larian kanak-kanak (3km dan 850m).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan