Lagenda Bola Sepak Perak Dan Selangor Berentap Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bahang Piala Dunia 2010 semakin membara dan sebagai pembakar minat pengemar sukan bola sepak, Stadium Perak akan menjadi gelanggang pertembungan antara bekas pemain handalan Perak dan Selangor, yang akan berentap Jumaat ini.

Pelawanan antara pasukan Lagenda Perak dan Lagenda Selangor itu akan bermula pada pukul 8.45 malam dan ia turut disiarkan secara langsung melalui TV1.

Jurucakap Majalah Stadium yang menganjurkan perlawanan itu, pertembungan dua pasukan itu adalah sebahagian daripada program Fiesta Piala Dunia 2010 yang berlangsung di sini dari Jumaat ini hingga Ahad.

"Peminat sukan bola sepak dijemput menyaksikan perlawanan itu selain aksi 12 pasukan lain antaranya, pasukan pilihan Menteri Besar Perak, Malay All Boys Singapura, RTM, TV3, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan pasukan artis," katanya.

Katanya fiesta bermula dengan perlawanan pasukan pilihan Menteri Besar menentang Malay All Boys Singapura yang diketuai bekas ketua pasukan republik itu, Malek Awab pada pukul 5 petang Jumaat.

Beliau berkata orang ramai boleh menyaksikan perlawanan seterusnya pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 9.30 pagi hingga malam.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan