Hormati Keputusan Fabregas Kembali Ke Barcelona

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas berlatih di samping rakan sepasukannya, Carles Puyol (tengah) dan Gerard Pique (kiri) sebagai persediaan untuk kempen Piala Dunia, bulan depan. Foto AP
Fabregas berlatih di samping rakan sepasukannya, Carles Puyol (tengah) dan Gerard Pique (kiri) sebagai persediaan untuk kempen Piala Dunia, bulan depan. Foto AP

LONDON: Menurut ayah kepada pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas, anaknya itu mahu meninggalkan kelab yang berpangkalan di utara London itu dan kembali ke Barcelona secepat mungkin.

Ayahnya mengesahkan bahawa Fabregas ingin menyempurnakan perpindahan itu dengan segera agar dia boleh menumpukan sepenuh perhatian bersama skuad kebangsaan Sepanyol pada aksi Piala Dunia di Afrika Selatan, bulan depan.

Namun, ayahnya tidak menjangka perbincangan itu akan dilakukan secara jelas dan mudah.

"Perbincangan di antara Arsenal dan Barcelona akan memakan masa begitu lama. Fabregas kini fokus bersama skuad kebangsaan tetapi dia mahu kata sepakat dicapai dengan segera.

"Saya tidak pasti bilakah perbincangan itu akan berakhir. Namun mereka perlu menghormati keputusan dan niat setiap pemain," kata ayahnya.

Menurut ayahnya, Fabregas tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengurus The Gunners, Arsene Wenger.

Sebaliknya, dia hanya mahu perpindahannya dilakukan segera walaupun masih menghormati Arsenal yang membantunya menjadi seorang bintang pada ketika ini.

"Fabregas sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Arsene Wenger dan kami berterima kasih kepada Arsenal kerana melonjak kariernya. Namun kami berharap agar perkara ini diselesaikan segera," tambahnya.

Pada Isnin lalu, laman web Goal.com UK melaporkan bahawa Barcelona bersedia mengemukakan tawaran pembukaan bernilai 30 juta pound (RM144.6 juta) kepada Arsenal untuk mendapatkan khidmat kapten muda itu.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Barcelona, Joan Oliver dalam satu kenyataan dalam laman web kelab itu memberitahu mereka belum membuat tawaran rasmi kepada Fabregas.

"Kami sudah menghubungi Arsenal untuk berbincang mengenai niat sebenar kami. Tiada tawaran dikemukakan tetapi memang benar, Fabregas mengimpikan untuk menyertai Barcelona. Namun kami tidak terburu-buru untuk mendapatkan khidmatnya," katanya.

Spekulasi perpindahan Fabregas tersebar apabila dia bertemu dengan Wenger minggu lalu dan menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Emirates dan kembali bersama kelab Catalan musim depan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan