Inter Milan Ungguli Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain Inter Milan menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawawanan di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi.
Pemain-pemain Inter Milan menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawawanan di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi.

MADRID: Inter Milan melengkapkan trofi kejuaraan kelab dari Itali itu apabila menumpaskan Bayern Munich 2-0 pada aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009/2010 di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Inter memmpersembahkan permainan menakjubkan termasuk pejaga gawang, Julio Cesar bagaimanapun pemain yang harus diberi pujian ialah penyerang Argentina, Diego Milito yang menyumbatkan kedua-dua gol bagi memastikan kemenangan Inter ke atas Bayern di Madrid.

Gol-gol Milito memang memeritkan anak-anak buah Louis Van Gaal selepas dia memusnahkan sepenuhnya pertahanan Daniel van Buyten khususnya gol kedua pada minit ke-70.

Ini merupakan aksi pertama di akhir Liga Juara-Juara sejak tahun 1972, kejayaan pagi tadi juga merupakan trofi Eropah yang ketiga sejak yang pertama pada tahun 1965.

Pasukan itu juga merupakan kelab Itali yang pertama yang mencapai kejayaan menakjubkan dengan trofi Serie A, Piala Itali dan terkini Liga Juara-Juara Eropah.

Perancang utama Inter, Jose Mourinho mengakui bahawa perlawanan akhir itu adalah yang terakhir sebelum meneroka cabaran baru iaitu menjadi jurulatih pertama menjuarai gelaran Eropah melalui dua kelab berbeza.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan