suria

Fernando, Mohd Iylia Berkongsi Kedudukan Di Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain Filipina Mhark Fernando dan pemain Malaysia Mohd Iylia Mohd Jamil melakukan pukulan enam bawah par 138 untuk berkongsi kedudukan bagi mendahului pusingan kedua Kejohanan Terbuka Amatur Malaysia ke-108, semalam.

Kejohanan itu yang berlangsung di Damai Laut Golf & Country Club, Lumut, Perak, Fernando, yang memulakan perlawanan pada sesi tengah hari, hampir gagal untuk mendahului kerana terpaksa bergelut dalam suasana cuaca yang panas dan lembap.

Menurut laman web Persatuan Golf Malaysia, Fernando mencatatkan tiga birdie pada lubang pertama, keempat dan lubang ke-15 sebelum mengalah kerana cuaca panas di akhir pusingan menyebabkan tidak dapat memasuki lubang, di lubang ke-16 dan ke-18 apabila mencatatkan satu di bawah par 71 pada pungutan mata keseluruhan hari kedua enam di bawah par 138.

Pemain skuad golf kebangsaan, Mohd Iylia adalah penggerak terbesar dengan mengambil peluang bermain pada sesi pagi mencatatkan empat di bawah 68 untuk berkongsi pendahulu.

Mengekori empat pukulan di belakang pendahulu adalah rakan senegara Fernando, Peter Villaber dan pemain kebangsaan, Gavin Kyle Green dengan mencatatkan jumlah mata pada hari kedua, dua di bawah par 142.

Mengekori empat pukulan di belakang pendahulu adalah rakan senegara Fernando, Peter Villaber dan pemain kebangsaan, Gavin Kyle Green dengan mencatatkan jumlah mata pada hari kedua, dua di bawah par 142.

Selepas pusingan hari ini, 57 pemain yang berjaya memasuki perlawanan akhir selepas melepasi 14 di atas par 158, berakhir.

Artikel Lain