Sukma Terima Tajaan RM11.5 Juta Setakat Ini

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 yang akan berlangsung di Melaka pada bulan depan, setakat ini menerima tajaan berjumlah RM11.5 juta daripada pelbagai syarikat korporat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tajaan berkenaan akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan pengurusan temasya sukan dwitahunan itu yang pada jangkaan awal berjumlah RM40 juta tetapi kini meningkat kepada RM50 juta.

"Terima kasih kepada penaja yang sanggup membantu menjayakan Sukan Malaysia kali ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan berjumlah RM8.5 juta oleh pelbagai syarikat korporat di sini, hari ini.

Temasya Sukma Ke-13 akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun dengan mempertandingkan 33 acara sukan.

Antara syarikat yang menyerahkan tajaan hari ini ialah Telekom Malaysia Berhad sebanyak RM2.5 juta, Tenaga Nasional Berhad (RM2.5 juta), Petroliam Nasional Berhad (RM1 juta), Proton Holding Berhad (RM550,000), F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (RM500,000), Asia Pacific Sports Sdn Bhd (RM179,671) dan Gajah Emas Industries Sdn Bhd (RM100,168).

Jelasnya, sebelum ini kerajaan Melaka telah menerima tajaan berjumlah RM3 juta daripada Honda Malaysia Sdn Bhd pada 1 April lepas.

Mohd Ali berkata kerajaan Melaka sedang menunggu maklumbalas daripada beberapa syarikat korporat yang pada dasarnya berminat untuk menjadi penaja pada Sukma itu.

Beliau berkata syarikat yang menaja Sukma kali ini akan mendapat pakej penajaan seperti pengiklanan di kesemua 33 venue Sukma, ruang pameran dan jualan di kesemua vanue, pendedahan pengiklanan pada rancangan televisyen 26 episod sempena Sukma Ke-13, pendedahan pada kesemua barangan promosi Sukma Ke-13 dan pengecualian cukai.

Beliau mengalu-alukan agar banyak lagi syarikat korporat dan organisasi yang berminat tampil sebagai penaja.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EMATA Sdn Bhd, Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, syarikat yang menguruskan hal ehwal penajaan pada Sukma kali ini, berkata bagi syarikat korporat yang berminat terdapat lima jenis pakej penajaan yang boleh dipilih mengikut keperluan penajaan masing-masing.

Beliau berkata penajaan Titanium untuk pakej penajaan berjumlah RM2.5 juta, Platinum (RM1.5 juta), Gold (RM1 juta), Silver (RM500,000) dan Bronze (RM250,00).

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan