Kerajaan Didesak Batal Lesen Perjudian Bola Sepak - Sukan | mStar

Kerajaan Didesak Batal Lesen Perjudian Bola Sepak

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan