India, Korea Selatan Diisytiharkan Juara Bersama

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: India dan Korea Selatan dinobatkan sebagai juara bersama Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas perlawanan akhir edisi ke-19 itu dihentikan pada minit ke-12 ekoran hujan lebat.

Sebaik perlawanan bermula dalam keadaan hujan renyai pada pukul 9 malam, kedua-dua pasukan mula mengatur gerakan namun keadaan hujan bertambah lebat 10 minit kemudian.

Pengadil memberhentikan perlawanan untuk sementara pada minit ke-12 dan selepas menunggu selama 45 minit, pegawai kejohanan dari Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kedua-dua pasukan sebagai juara bersama.

Kedua-dua pasukan itu tidak mencatatkan sebarang gol sebelum perlawanan diberhentikan.

Berikutan keputusan itu, juara bertahan India merekodkan kemenangan kali kelima selepas 2009, 1995, 1991 dan 1985 manakala Korea Selatan memenangi kejohanan itu buat kali kedua selepas 1996.

Pemain India, Sardar Singh muncul sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Nam Hyun Woo dari Korea Selatan dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak dengan sembilan gol.

Pemain negara S. Kumar dipilih sebagai penjaga gol terbaik dan pasukan Mesir memenangi anugerah "Fairplay'.

Sebelum itu, pada perlawanan menentukan kedudukan, juara dunia Australia menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Malaysia 5-3.

Sementara itu, Pakistan menduduki tempat kelima setelah menewaskan China 6-5 dalam pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. Berikut adalah kedudukan muktamad pasukan:

Juara: India/Korea Selatan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan