suria

FIFA Keluarkan Senarai Penuh 30 Pemain Bagi Setiap Pasukan ke Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Badan bolasepak dunia FIFA telah mengeluarkan senarai penuh nama 30 pemain skuad awal kesemua 32 pasukan yang akan berentap pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan Jun depan.

Senarai ini akan dipendekkan lagi kepada hanya 23 pemain sahaja sebagai barisan skuad terakhir oleh setiap pasukan menjelang 1 Jun nanti.

Bagaimanapun tidak semua pasukan menyenaraikan 30 nama pemain mereka pada peringkat ini walaupun ia diwajibkan oleh FIFA.

Jerman misalnya hanya menyenaraikan nama 27 pemain sahaja, Mexico dan Uruguay hanya menamakan 26 pemain dan Slovakia 29 pemain.

Sementara Korea Utara siang-siang lagi telah pun menetapkan nama kesemua 23 pemain akhir yang akan dibawa ke kejohanan tersebut.

Setakat ini, pemain termuda yang disenaraikan ialah Vincent Aboubakar dari Cameroon, Christian Eriksen dari Denmark dan Nassim Ben Khalifa dari Switzerland. Ketiga-tiganya berusia 18 tahun.

Manakala pemain paling tua yang disenaraikan ialah penjaga gol Holland, Sander Boschker dan penjaga gol England, David James. Kedua-duanya berusia 39 tahun.

Dari kesemua pemain yang disenaraikan itu, 139 adalah pemain yang bermain dalam liga Ingeris, 93 dalam Serie A Itali, 94 pemain dari Budesliga Jerman, 74 dari La Liga Sepanyol dan 12 pemain dari Liga Scotland.

Untuk melihat senarai penuh pemain bagi 32 pasukan yang dikeluarkan secara rasmi oleh FIFA, sila layari;

http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/20/86/87/Provisional1305.pdf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain