Barcelona Juara La Liga; Messi Gondol Kasut Emas Eropah

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola memuji semangat yang ditunjukkan oleh skuadnya apabila mereka berjaya mempertahankan kejuaraan liga malam semalam dengan menewaskan Valladolid 4-0.

Kata Guardiola, pasukannya tidak mungkin akan mencatat rekod dengan mengutip 99 mata seandainya tidak ditekan sehingga ke perlawanan akhir oleh Real Madrid.

Barça hanya perlu menang dalam perlawanan malam semalam untuk mengengam trofi mereka yang ketujuh dalam tempoh dua tahun di bawah bimbingan Guardiola, tanpa perlu menghiraukan apa keputusan perlawanan antara Real Madrid dengan Malaga.

Dalam perlawanan di Nou Camp itu, gol sendiri oleh Luis Prieto memberi Barca semangat sebelum Lionel Messi menyumbatkan gol kedua bagi memberikan kedudukan yang selesa buat pasukan Catalan itu untuk mencatatkan kemenangan sekaligus membolehkan mereka mempertahankan kejuaraan liga.

Apa yang menakjubkan ialah Barcelona hanya tewas sekali sahaja sepanjang musim ini di peringkat liga – 4-3 kepada Atlético Madrid – dan Guardiola mengakui margin kesilapan yang rendah menjadi penentu kejayaan mereka musim ini.

Dengan kejayaan ini, Barca dan Guardiola sebenarnya telah mencatatkan satu sejarah yang tersendiri - dari juara La Liga sehinggalah kepada dua Piala Juara-Juara Eropah dan juga Piala Kelab Dunia.

Kemenangan Barca ditambah dengan kejayaan Messi merangkul Kasut Emas Eropah bagi musim ini dengan menjaringkan 34 gol dalam liga.

Malah kejayaannya menjaringkan 34 gol telah mengatasi rekod yang dicatatkan oleh penyerang Brasil Ronaldo pada musim 1996-97. Penyerang Atlético Madrid dari Uruguay, Diego Forlan memenangi anugerah kasut emas Eropah musim lalu dengan menjaringkan 32 gol.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan