Inter Milan Julang Trofi Serie A

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Milito meraikan gol jaringannya ke atas Siena di Stadium Artemio Franchi. Foto REUTERS
Milito meraikan gol jaringannya ke atas Siena di Stadium Artemio Franchi. Foto REUTERS

MILAN: Inter Milan meraih gelaran juara Serie A untuk kali kelima menerusi gol tunggal Diego Milito pada babak kedua untuk menewaskan Siena 1-0 pada perlawanan penutup tirai kempen musim ini sebentar tadi.

Pasukan kendalian jurulatih Jose Mourinho itu yang mengetepikan seteru AS Roma untuk menjulang Piala Itali musim ini akan bertemu Bayern Munich pada saingan final Liga Juara-juara Eropah, Sabtu ini.

Jika kemenangan berpihak kepada Inter, mereka akan menjadi pasukan Itali pertama yang mencatat tiga kemenangan musim ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan