China Pertahan Gelaran Juara Piala Thomas

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi beregu China, Yun Cai dan Haifeng Fu semasa menentang pasangan regu Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan. Foto BERNAMA
Aksi beregu China, Yun Cai dan Haifeng Fu semasa menentang pasangan regu Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Negara tembok besar China melebarkan penguasaan pada kejohanan Piala Thomas untuk kali kelapan dan keempat berturut-turut selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi final di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi.

Indonesia gagal mencalar keegoan juara bertahan China apabila pemain nombor dua dunia, Lin Dan mempamerkan aksi pada kelas tersendiri dengan menewaskan Taufik Hidayat, 21-7, 21-14.

Lin Dan memberi mata pertama kepada China sekali gus meniup harapan kepada barisan pemain Piala Thomas negara itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Senayan, Indonesia, dua tahun lalu.

Menurut Taufik, Lin Dan bermain lebih bagus jika melihat kepada teknik permainan dan fizikal yang ditonjolkan pada kali ini.

Walaupun kecewa dengan kekalahan itu dan gagal menghadiahkan mata pertama untuk Indonesia, Taufik mengakui kalah dan menang adalah adat pertandingan.

"Saya cuba sedaya upaya untuk bangkit melakukan tentangan tetapi ternyata dia lawan yang sukar dijinakkan. Namun saya tidak meletakkan apa-apa alasan untuk kekalahanan ini," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan pemain perseorangan pertama tadi.

Mata kedua China diperoleh menerusi gandingan beregu pertama, Cai Yun/Fu Haifeng. Perlawanan yang memakan masa hampir sejam itu menyaksikan mereka berjaya menundukkan Markis Kido/Hendra Setiawan 25-23, 16-21, 21-12.

Meskipun tewas, gandingan mantap dari Indonesia itu memaksa Cai Yun/Fu Haifeng bermandi peluh apabila mengheret perlawanan ke set penentuan selepas bangkit di set kedua.

Semangat juang pasangan dari Indonesia itu turut diakui Fu Haifeng yang menegaskan mereka terpaksa berjuang dari segi mental memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai gaya permainan hampir serupa.

"Mereka adalah cabaran utama kami dalam acara beregu kerana gaya permainan mereka begitu unik. Namun kami sudah bersedia bertemu mereka," katanya.

Keunggulan China diteruskan pemain nombor tiga dunia, Chen Jin yang menghadiahkan mata kemenangan buat pasukannya selepas menundukkan Simon Santoso 19-21, 21-17, 21-7.

Simon bangkit pada set kedua tetapi gagal menyekat kemaraan juara pada Kejohanan All England 2008 itu.

"Chen Jin lebih banyak bersabar pada set ketiga. Dia sentiasa memberi tekanan kepada saya. Saya tidak sedikit pun tertekan tetapi hanya memikirkan cara untuk memberi mata pertama kepada pasukan," katanya.

Pertemuan hari ini menyaksikan China bertemu Indonesia di final Piala Thomas sebanyak lima kali.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan