Badminton Malaysia Perlukan Muka Baru

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas penantian selama 18 tahun pasukan negara gagal menghadiahkan Piala Thomas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berani mengorak langkah drastik dengan menonjolkan pemain muda bagi menggantikan barisan yang ada sekarang.

Sampai bilakah Malaysia mahu terus bergantung dengan Datuk Lee Chong Wei yang kini berusia 28 tahun, Wong Choong Hann (33) dan Muhd Hafiz Hashim (28)?

Kecuali Choong Hann yang menyatakan edisi Piala Thomas tahun 2010 ini merupakan penampilan terakhirnya dalam kejohanan berprestij itu, adakah Malaysia mahu terus bergantung kepada Chong Wei dan Muhd Hafiz, yang masing-masing akan berusia 30 tahun, dalam edisi dua tahun lagi?

Pemilihan Choong Hann yang membuat kemunculan keenam dalam kejohanan berprestij ini memberikan petanda Malaysia ketandusan pemain perseorangan berkaliber yang mampu memberikan saingan peringkat tinggi.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengakui tentang barisan pemain negara, terutama acara perseorangan, yang semakin dimamah usia.

"Kena bangunkan pemain muda. Tiada pilihan, kena naikkan barisan pelapis secepat mungkin bagi mengisi barisan utama Malaysia," katanya.

Malah Choong Hann sendiri mahukan barisan pemain baru terutama pemain perseorangan negara berwajah baru dan tidak lagi terlalu bergantung kepada 'kuda tua'.

Malaysia sebenanya tidak ketandusan bakat baru pemain yang mampu bersinar di peringkat antarabangsa, sekaligus mengambil alih tempat pemain sekarang.

Loh Wei Sheng, Zulfadli Zulkifli, Mohd Syawal Ismail, Misbun Ramdhan Misbun, Liew Darren, Chong Wei Feng, Mohd Arif Latiff adalah antara barisan 'stok baru' pemain perseorangan yang perlu digilap.

Bagi beregu pula, antara yang paling menyerlah ialah gandingan Ow Yao Han dan Yew Hong Kheng yang dinobatkan selaku juara badminton Remaja Dunia di Guadalajara, Mexico pada April.

Menariknya, hampir kesemua pemain berkenaan kini berusia 18 tahun.

BAM perlu memberikan peluang kepada mereka untuk menyertai lebih banyak kejohanan satelit sebelum menghantar mereka ke kejohanan Siri Super.

Malaysia memulakan kempen Piala Thomas tahun ini dengan mendapat mata percuma 5-0 selepas lawan dalam saingan peringkat Kumpulan B, selepas Nigeria gagal muncul di gelanggang akibat masalah penerbangan.

Pada saingan menentukan juara kumpulan, Malaysia, calon pilihan bagi perlawanan itu tewas 2-3 kepada Jepun.

Cuma pemain perseorangan nombor satu negara, Chong Wei menang 21-12, 21-13 ke atas Kenichi Tago dan beregu utama dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya menumpaskan Noriyasu Hirata/Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-17.

Perseorangan kedua negara, Choong Hann tewas 17-21, 18-21 kepada Sho Sasaki sementara beregu kedua Malaysia, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif juga kecundang 15-21, 12-21 kepada Kenichi Hayakawa/Kenta Kazuno.

Sementara juara All England 2003, Muhd Hafiz Hashim dijinakkan oleh Shoji Sato 10-21, 21-14, 18-21.

Dalam saingan suku akhir menentang Denmark, Malaysia berhempas pulas menewaskan juara Eropah, Denmark 3-2.

Chong Wei mengalahkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17, Koo/Tan menewaskan Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17, 21-19.

Choong Hann tewas 20-22, 21-16, 18-21 kepada Jan O Jorgensen sementara Mohd Zakry yang digandingkan dengan Hoon Tien How, juga tunduk kepada juara All England 2010, Lars Paaske/Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21.

Mujur Muhd Hafiz mampu menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir bertemu China.

Pada pertemuan menentang Tembok Besar China, Chong Wei ditundukkan Lin Dan 17-21, 8-21, Koo/Tan tunduk 15-21, 10-21 kepada Cai Yun/Fu Haifeng dan Choong Hann ditewaskan Chen Jin 16-21, 7-21.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan