suria

Piala Uber: Rashid Kecewa Aksi Pemain

Ketua Jurulatih perseorangan, Rashid Sidek ternyata kecewa dengan persembahan keseluruhan skuad Piala Uber negara selepas tewas 0-3 kepada Indonesia pada aksi suku akhir hari ini.

Menurut Rashid, barisan skuad Piala Uber sudah bersedia sepenuhnya tetapi pihak lawan bermain dengan lebih baik.

"Kita mengharapkan Wong Mew Choo menghadiahkan mata pertama tetapi permainannya agak tersekat. Dia perlu menang permainan tadi tetapi apa yang kita rancang tidak menjadi," katanya.

Berdasarkan dari segi rekod, Mew Choo pernah menundukkan Adriyanti Fidasari pada aksi akhir Sukan SEA di Laos, tahun lalu.

Melihat kepada corak permainan Mew Choo hari ini, Rashid berkata pemain kelahiran Perak itu tidak beraksi pada tahap sebenar.

Misi skuad Piala Uber negara terjejas terutamanya pada aksi perseorangan disebabkan beberapa masalah kecederaan.

Rashid mengakui jika Julia Wong dan Lydia Cheah tidak diketepikan akibat kecederaan, mungkin mereka mampu memberi tentangan sengit kepada lawan.

Artikel Lain