suria

Torres, Fabregas Perkuat Skuad Sepanyol

Fabregas akan mengisi senarai barisan pemain Sepanyol pada aksi Piala Dunia, bulan depan.
Fabregas akan mengisi senarai barisan pemain Sepanyol pada aksi Piala Dunia, bulan depan.
Fabregas akan mengisi senarai barisan pemain Sepanyol pada aksi Piala Dunia, bulan depan.

MADRID: Kecederaan yang dialami Fernando Torres dan Cesc Fabregas semakin pulih dan nama mereka turut tersenarai dalam skuad Sepanyol menjelang saingan peringkat kumpulan pada Piala Dunia bulan depan.

"Secara umumnya, kedua-dua pemain itu sudah pulih daripada kecederaan," kata Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Terdahulu, mereka menjalani ujian di Madrid.

Torres melakukan pemeriksaan di bahagian lutut kanannya yang dibedah pada bulan lalu manakala imbasan terus dilakukan ke atas tulang kaki kanan Fabregas yang retak.

Selepas tersebarnya beberapa spekulasi, bintang Barcelona, Victor Valdes dan Pedro turut menerima panggilan yang mereka nanti-nantikan.

Penjaga gol Barca, Valdes belum meraih cap pertamanya bersama pasukan itu manakala kapten Sepanyol, Iker Casillas dan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina diletakkan sebagai pilihan pertama dan kedua.

Pedro, antara produk muda cemerlang Barca, mempamerkan kejutan musim ini apabila menjaringkan gol dalam enam perlawanan berasingan untuk kelab itu.

Pengurus Vicente del Bosque yang mengemudi Sepanyol selama dua tahun dianggap memiliki skuad yang konsisten dan handal tetapi beberapa kejutan akan dilihat sebelum perlawanan berprestij dunia itu membuka tirainya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain