suria

Keputusan Piala Uber - Malaysia lawan China

BERIKUT adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan A Piala Uber antara Malaysia dan China sebentar tadi.

Yihan Wang menang keatas Sanatasah Saniru 21-11, 21-8

Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia Yihan menang mudah ke atas Sanatasah yang turun buat pertama kalinya pada kejohanan berprestij dunia ini.

Sementara itu, Jin Ma/Xiaoli Wang menang keatas beregu wanita pilihan pertama negara, Goh Liu Ying/Ng Hui Ling 21-8, 21-10.

Bagi perlawanan perseorangan kedua pula, Xin Wang mencatatkan kemenangan terhadap Tee Jing Yee, 21-12, 21-5 yang merupakan perseorangan pilihan kedua negara.

Sementara itu, beregu pilihan kedua negara, Woon Khee Wei/ Vivian Hoo Kah Mun kalah kepada Jing Du/Yang Yu, 21-9, 21-9.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain