suria

United Perlu Nama Besar Musim Depan

Rooney mahu menamatkan kempen EPL musim ini dengan penuh bergaya ketika menentang Stoke City.
Rooney mahu menamatkan kempen EPL musim ini dengan penuh bergaya ketika menentang Stoke City.
Rooney mahu menamatkan kempen EPL musim ini dengan penuh bergaya ketika menentang Stoke City.

LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney merasakan pasukannya perlu membawa masuk dua nama besar ke Old Trafford pada musim panas ini jika mahu bersaing di peringkat tertinggi musim depan.

Meskipun United menamatkan kempen penutup tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi dengan bergaya apabila menundukkan Stoke City 4-0, Rooney sudah membayangkan persaingan sengit pada kempen musim depan.

"Jika kami boleh mendapatkan dua pemain besar, ia akan memberi peluang kepada kami untuk menjulang trofi liga pada musim depan.

"Jika anda melihat barisan pemain United pada 1999, mereka memiliki empat penyerang dan berjaya mencipta treble serta berupaya meledak gol," katanya.

Menurut penyerang sensasi itu, setakat ini jentera serangan United hanya diperkuat dirinya, Dimitar Berbatov, Michael Owen dan Federico Macheda.

Namun, Rooney menyifatkan jika Red Devils berjaya mendapat seorang lagi penyerang, skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu akan lebih seimbang.

Rooney berjaya meningkatkan mutu persembahannya dengan memikul tanggungjawab sebagai penyerang utama pasukan selepas pemergian cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez serta berhasrat untuk menjaringkan 34 gol pada musim depan.

"Menjaringkan banyak gol pada musim ini amat menakjubkan tetapi ia bukan musim terbaik saya. Saya hanya menjaringkan 76 gol pada satu musim ketika berusia 11 tahun.

"Namun ia adalah pencapaian terbaik saya selaku pemain profesional. Saya tahu tanggungjawab lebih besar sedia menanti saya untuk melakukannya pada musim depan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain