suria

Sonia Bangkit Selepas Ketinggalan Pada Set Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita ketiga, Su Ya Sonia Cheah menghadiahkan mata ketiga buat negara apabila menewaskan Eva Lee dari Amerika Syarikat 21-16, 16-21, 21-9 dalam masa 46 minit.

Penampilan Sonia buat pertama kali di kejohanan ini menyebabkan dia sedikit gugup dan memaksanya diheret ke set ketiga apabila melakukan banyak kesilapan pada set kedua.

"Saya gagal beraksi dengan baik. Mungkin kekurangan stamina kerana saya baru saja balik dari Kejohanan Junior Dunia," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Bagaimanapun, Sonia bangkit pada set ketiga dan berjaya mengawal bulu tangkis dengan lebih baik.

Menjelang pertemuan dengan China esok, Sonia berkata, dia hanya akan cuba sedaya-upaya untuk mempamerkan persembahan terbaik.

Meskipun, rasa penat masih belum lagi hilang, adik kepada Lydia Cheah yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan itu tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pertemuan dengan juara bertahan, China.

"Kakak dan kedua ibu bapa saya ada disini memberi sokongan. Kakak ada menasihatkan saya supaya cuba melakukan yang terbaik dan fokus pada perlawanan itu," akhirnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain